Iklan Nuffnang

Tuesday, 17 November 2015

Info: 10 kesilapan yang akan dibuat bagi penjaga hamster yang baru

Secara logik, semua penjaga hamster yang baru sepatutnya mengkaji atau belajar secara teori dahulu tentang penjagaan hamster sebelum membuat keputusan untuk membeli haiwan peliharaan. Namun begitu, tiada sesiapa yang ambik peduli.

Kebiasaanya, penjaga hamster baru selalunya membuat keputusan tanpa merancang. Sikap ini biasa terjadi di kedai haiwan peliharaan atau di mana-mana sahaja. Jika anda merasa ia berlaku pada diri anda, jangan risau. Anda tidak bersendirian sebenarnya. Semua orang melakukan kesilapan namun begitu apa yang penting adalah kita belajar dari kesilapan tersebut dan menjadi penjaga hamster yang bagus dari masa ke semasa. Tiada apa yang perlu dimalukan. 

Berikut adalah 10 kesilapan yang akan dibuat bagi penjaga hamster yang baru:




1. Membiarkan jantan dan betina bersama-sama apabila anda tidak mahukan bayi hamster.
Hamster sangat mudah untuk membiak! Jika anda mencampurkan jantan dan betina di dalam satu sangkar maka jangan terkejut jika anda mendapat tanda-tanda hamster betina anda mengandung. Tambahan, hamster betina mampu melahirkan melebihi 12 bayi (pups) dalam satu masa.

2. Menggunakan tempat tidur hamster yang tidak sesuai.
Selain apa yang diberitahu oleh penjaga kedai haiwan peliharaan, anda sepatutnya tidak menggunakan tempat tidur hamster anda berikut


  • Surat khabar.
  • Kulit-kulit kayu.
  • Tempat tidur yang empuk “Fluffy bedding"
  • Tempat tidur wangian.
  • Bekas makanan kucing. 
  • Bulu-bulu jagung. 


3. Memberi diet pemakanan yang tidak elok.
Anda sepatutnya menjaga diet pemakanan hamster anda supaya ianya sihat dan diet yang seimbang. Jangan bagi makan hamster anda, buah oren atau bawang. Makanan tersebut berasaskan asid dan ianya mampu menganggu sistem pencernaan hamster anda. Anda sepatutnya elakkan benda yang tajam atau bergetah di dalam makanan hamster anda. Ini kerana jenis makanan tersebut mampu menyebabkan ia sangkut di dalam mulut hamster anda dan seterusnya menyebabkan kecederaan dan jangkitan.

4. Tidak belajar tentang punca and tanda bagi sesuatu penyakit hamster.
Dua perkara yang penting yang patut diingatkan apabila memikirkan penyakit hamster adalah:

  • Pencegahan lebih baik dari penyembuhan.
  • Jika hamster anda sakit, lagi cepat anda pulihkan ia lagi bagus.

Lagi cepat anda mengesan sesuatu penyakit hamster, lagi cepat peluang penyembuhan penyakit hamster anda. Perkara yang penting adalah anda tahu punca dan tanda penyakit hamster yang biasa terjadi.

5. Menyimpan hamster anda di dalam sangkar yang terlalu kecil.
Sifat semulajadi hamster adalah lari sejauh bermeter-meter bagi setiap malam. Jadi tidak elok kalau mereka dibiarkan di dalam sangkar yang terlalu kecik menyebabkan tidak sihat dan gembira.

6. Memberi hamster anda roda pusing yang terlalu kecil.
Roda pusing adalah komponen yang penting di dalam sangkar hamster. Roda pusing ini mampu memastikan hamster anda sentiasa berada di dalam keadaan sihat dan gembira. Ini kerana ianya mampu memberikan latihan kesihatan yang secukupnya yang diperlukan bagi hamster anda.

Namun begitu, jika roda pusing terlalu kecil boleh membuatkan sesuatu yang elok menjadi teruk. Roda pusing kecil akan memaksakan hamster anda untuk membengkokkan belakang sewaktu proses pelarian berlaku, ini menyebabkan ia menjadi terlalu merbahaya terhadap kesihatan hamster anda.

7. Menggunakan sangkar atau roda pusing yang merbahaya.
Kedengaran seperti sesuatu yang janggal, tetapi bukan semua sangkar hamster dan roda pusing sesuai untuk hamster.
Sesetengah syarikat pembuatan menghasilkan sangkar dan roda pusing kualiti yang rendah kualitinya iaitu struktur yang agak jauh seperti tangga. Jenis sangkar dan roda pusing ini kadang kala cukup untuk merbahaya hamster anda, ianya boleh mengakibatkan hamster anda jatuh dan patah kaki semasa melaluinya. Lebih teruk lagi, hamster tersebut leher patah atau cedera di bahagian leher hamster anda apabila kepala hamster anda tersangkut pada celahan sangkar atau roda pusing yang merbahaya tersebut.

8. Gagal untuk melihat/menjaga hamster anda sewaktu mereka keluar dari sangkar mereka.
Membiarkan hamster anda lari sekeliling rumah di dalam bola hamster memang menyeronokkan bagi anda dan juga hamster anda. Tetapi anda perlu berhati-hati! Jangan membiarkan hamster anda bergolek dekat dengan kawasan yang bertangga. Jika hamster anda jatuh ke bawah tangga maka ianya akan mengakibatkan kecederaan yang serius walaupun ianya masih berada di dalam bola hamster tersebut. Anda sepatutnya tidak membiarkan hamster anda lari bebas sekeliling rumah. Ini kerana hamster mampu merangkak tembus ruang yang sempit walaupun bilik tersebut ditutupi dengan rapi, hamster anda boleh melarikan diri dan tidak akan dijumpai lagi.

9. Tidak membersihkan sangkar hamster yang secukupnya.
Macam rumah manusia juga, rumah hamster perlu dijaga bersih bagi memastikan hamster kekal sihat dan gembira.  Jangan tinggalkan tempat tidur kotor atau sisa makanan lama di dalam sangkar hamster. Bersihkan sangkar hamster anda sekali seminggu – tinggalkan sedikit sisa tempat tidur yang lama supaya hamster anda dapat mengenalpasti bau lama selepas sangkar habis dibersihkan.

10. Membiarkan hamster anda menjadi gemuk.
Jika hamster anda makan terlalu banyak atau tidak mendapat latihan kesihatan yang cukup maka ianya mudah menjadi gemuk. Macam manusia juga, terlalu gemuk boleh mengundang pelbagai penyakit. Jangan biarkan hamster anda menjadi gemuk, anda sepatutnya memberi makanan yang diet seimbang and memberi latihan kesihatan yang secukupnya di dalam roda pusing atau bola hamster.


Jadi, itulah 10 kesilapan yang selalu dibuat bagi penjaga hamster yang baru!

Jadikan ianya sebagai satu panduan pembelajaran anda terhadap haiwan kesayangan anda. Belajar dari kesilapan itulah sikap yang penting untuk sesuatu proses pembelajaran. Tiada manusia yang sempurna tanpa melakukan kesilapan.

Rujukan:
http://www.thehamsterhouse.com

1 comment:

  1. hai hello there ! my hamster likes to run on my bed, but unfortunately theres one time i couldnt catch him . may you lists the cons of what happens if syrian hamsters fall down .

    ReplyDelete