Kebanyakan orang berfikir bahawa hamster tidak makan pada waktu siang tetapi sepertimana yang telah diberitahu fakta tersebut adalah tidak benar. Hamster sememangnya tidur pada waktu siang tetapi mereka masih bangun untuk makan pada setiap masa, jadi tidak menjadi masalah jika memberi/menyediakan sedikit makanan pada waktu pagi dan sedikit juga pada waktu petang.
Perkara yang paling penting adalah memastikan teman berbulu anda mempunyai jumlah pemakanan yang cukup, dan makanan yang segar hendaklah sentiasa disediakan pada setiap kali waktu makan. Air di dalam botol air hamster anda juga perlu ditukar pada setiap hari, dan botol tersebut hendaklah dibersihkan secara menyeluruh sekurang-kurangnya seminggu sekali.
No comments:
Post a Comment