Iklan Nuffnang

Saturday, 21 November 2015

Info: Mana yang terbaik, dawai atau plastik?


Sangkar dawai dan plastik, kedua-duanya popular dijadikan tempat tinggal bagi hamster dan kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Jika anda memiliki sangkar dawai, maka pasti hamster anda memanjat dan ianya sesuatu yang hamster suka lakukan. Satu perkara yang perlu dipastikan adalah tidak boleh lebih dari setengah sentimeter jarak antara satu sama lain. Ia akan menjadi merbahaya jika ia terlalu jauh jarak antara satu sama lain; Hamster sangat ingin tahu jika boleh menyebabkan ia sangkut, terutamanya hamster kerdil. Anda seharusnya tidak membeli sangkar yang mempunyai dawai di bawah, ia tidak bagus untuk kaki hamster anda.

Jika anda telah membuat keputusan terhadap sangkar dawai, pastikan di dalamnya bertingkat, supaya hamster anda memanjat pada bahagian atas sangkar, mereka tidak perlu untuk jatuh terlalu tinggi jika terlepas memegang dawai tersebut. Ini boleh menghalang hamster anda daripada mencederakan dirinya sendiri. Lagi penting, jika hamster anda berada di dalam usia kanak-kanak lagi supaya mereka tidak cedera terlalu serius apabila mereka jatuh daripada tempat yang tinggi.

Sangkar plastik sememangnya banyak di dalam pasaran pada hari ini. Tempat tinggal hamster jenis ini sangat mudah untuk dibersihkan dan mampu memberi perlindungan kepada hamster anda. Sesetengah daripada sangkar plastik mempunyai sebahagian kawasan yang berdawai, iaitu bertindak sebagai tempat memanjat untuk hamster anda. Jika anda membeli sangkar plastik yang tidak mempunyai bahagian kawasan yang berdawai, anda perlu pastikan bahawa anda menyediakan tempat memanjat di dalam sangkar tersebut supaya hamster anda bebas untuk melakukan aktiviti memanjat pada bila-bila masa yang mereka perlukan.

Satu perkara yang paling penting perlu diingatkan adalah pastikan sangkar hamster anda kalis lari diri. Jika tidak jangan terkejut jika mereka berlari bebas keluar di dalam rumah anda. Tips: Jika hamster anda lari keluar, pastikan tidak ada sebarang rongga/lubang untuk hamster anda melepasi dan sentiasa pastikan pintu sentiasa tertutup. Kemungkinan besar peluang anda untuk berjumpa semula hamster anda.

No comments:

Post a Comment