Apabila anda melihat gelagat hamster anda di dalam bola hamster semestinya anda berpikir bagaimana habitat liar hamster jenis anda sebenarnya ataupun tertanya-tanya masih wujudkah hamster liar?. Kadang-kala sukar untuk bayangkan bagaimana haiwan liar ini hidup di habitat asalnya sendiri.
Ya! Memang benar bahawa hamster berasal dari tempat yang liar/hutan, iaitu lama sebelum mereka dijinakkan dan menjadi haiwan kesayangan kita pada hari ini.
Terdapat 26 spesies hamster yang berbeza hidup di tempat yang liar/hutan di seluruh dunia, walaupun jumlahnya tidaklah besar.
Hamster Syria yang sering kali dirujuk sebagai hamster teddy bear, mungkin sebahagian besar daripada kita sudah biasa dengan panggilan tersebut. Biarpun, sedikit sahaja hamster Syria yang ada di tempat yang liar/hutan. Namun, masih ada lagi mereka bersama-sama saudara-mara mereka tinggal dan hidup di beberapa lokasi di seluruh dunia.
Hamsters Syria
Untuk melindungi mereka dari panas, hamster Syria mempunyai lubang yang sangat dalam; kadang-kadang mereka menggali sejauh sejauh sepuluh meter. Ia bukan hanya berlaku di rumah anda sahaja dimana hamster Syria melakukannya sendiri; ini berlaku di tempat yang liar/hutan juga. Setiap hamster mempunyai lubang sendiri dan wilayah, dan mereka menjadi sangat marah jika ada hamster lain cuba untuk mengambil alih tanah mereka. Hamster Syria liar disenaraikan sebagai "terancam/lemah" kerana jumlah mereka yang rendah.
Hamster Campbell Mongolia
Di tanah separa gurun Mongolia, hamster Campbell adalah paling aktif pada waktu malam, apabila mereka muncul dari lubang mereka untuk mencari makanan. Walaupun suhu di dalam habitat mereka boleh mencapai setinggi 38 darjah Celsius pada siang hari, ia jatuh secara mendadak pada waktu malam, dan makhluk-makhluk yang tahan lasak adalah juga dilindungi dengan bulu untuk melindungi mereka daripada kesejukan. Hamster Campbell sering mengambil alih lubang tikus yang lain, daripada bekerja keras untuk membuat lubang mereka sendiri. Ini pemikiran yang sangat bijak!
Hamster Cina di sebelah timur
Hamster Cina masih lagi tinggal di sebelah timur dengan saudara mara mereka, di mana suhu adalah lebih konsisten hangat dan pemandangan yang berbatu. Inilah sebabnya mengapa hamster Cina cenderung mempunyai ekor pendek, kerana mereka menggunakan ekor mereka untuk memberikan cengkaman apabila mereka perlu memanjat. Hamster Cina tidak sering kali hidup di dalam lubang; mereka memilih lubang yang terletak hanyalah di bawah tanah. Sudah tentu, ini bermakna mereka tidak mempunyai tempat perlindungan yang sama seperti beberapa hamster yang lain. Dengan sebab ini hamster Cina pelari yang sangat cepat seperti The Flash!
No comments:
Post a Comment