Iklan Nuffnang

Monday, 16 November 2015

Info: Jenis-Jenis Hamster

Jenis- Jenis Hamster 
Maksud hamster merujuk kepada 24 jenis spesis dalam kumpulan tikus kecil. Namun begitu, hanya 5 jenis spesis sahaja yang biasa dijumpai dalam pasaran haiwan peliharaan. Berikut adalah senarai jenis hamster yang paling biasa dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

Syrian
Syrian adalah hamster jenis yang paling besar dalam senarai jenis-jenis hamster dan ia boleh membesar sepanjang 6-7 inches. Mereka kebiasaannya bulu berwarna perang keemasan dengan perut berwarna putih namun begitu terdapat pelbagai jenis warna dan jenis bulu. Kebiasaannya, bulu yang panjang dipanggil sebagai “Teddy Bear” hamster. Mereka mampu hidup dalam masa 2-2 ½ tahun. Ia biasa hidup bersendirian dan sangat sesuai dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Jenis hamster ini yang paling biasa dijadikan hamster peliharaan.


Campbell’s
Campbell’s, hamster kerdil, mempunyai panjang 3-5 inches. Hamster kerdil ini kebiasaannya ia berwarna kelabu dengan perut berwarna putih. Mereka mampu hidup 1 ½ - 2 tahun serta mampu hidup bersama tetapi ia boleh juga hidup bersendirian. Disebabkan bentuk saiz badan yang kecil, mereka agak sedikit susah berbanding jenis hamster yang lain.



Winter White

Winter White, juga dipanggil Siberian, ia juga kerdil dan mampu membesar sepanjang 4 inches. Mereka mempunyai garis gelap pada bahagian belakang badannya dan berwarna kelabu keperangan  tetapi apabila musim sejuk, warna kelabu-keperangan akan berubah berwarna putih. Jangka hidup dalam 1 ½ -2 tahun dan kadang-kala hidup bersama.




Roborovski
Roborovski’s, juga hamster kerdil, mampu membesar sepanjang lebih 4 inches. Jenis hamster ini berwarna perang dan sangat pantas serta berhati-hati.  Jangka hidup dalam purata 3 – 3 ½ tahun dan mampu hidup dalam pasangan  atau kumpulan keluarga tetapi kadang-kala tidak perlu. Disebabkan saiz badan mereka yang kecil dan pantas, proses penjinakan ianya memerlukan kerja yang lebih berbanding yang lain. Namun begitu, ianya masih menjadi peneman yang menyeronokkan.


Chinese

Hamster Chinese, mempunyai badan sepanjang 4 – 5 inches dan juga dikenali hamster jalur, kelabu dan berekor tikus. Mereka berwarna kelabu gelap dengan jalur gelap pada bahagian belakang badan serta mempunyai ekor yang panjang berbanding hamster yang lain. Mereka mampu hidup 2 ½ - 3 tahun dan mampu hidup gembira bersendirian.

No comments:

Post a Comment