Hamster anda sebenarnya suka untuk memakan buah-buahan dan sayur-sayuran, tetapi anda perlu beringat agar tidak memberi mereka terlalu banyak. Satu kuib kecil daripada buah-buahan atau sayur-sayuran, dua atau tiga kali seminggu, adalah lebih dari mencukupi.
Hendaklah berhati-hati apabila memberi lobak merah pada hamster anda. Teman berbulu anda sememangnya suka terhadap lobak merah tetapi adalah penting untuk diingatkan lobak merah mengandungi gula semulajadi dan jadikan ia makanan sampingan sahaja, jangan jadikan ia sebagai satu diet yang tetap.
Buah-buahan dan sayur-sayuran lain yang mungkin hamster anda suka adalah kubis bunga, brokoli, pir, pic dan pisang. Perlu diingati untuk membuang sisa makanan daripada sangkar anda supaya ia tidak menjadi busuk/rosak. Penting untuk mengelakkan sebarang penyakit mendatang. Bercegah lebih baik daripada merawat!
No comments:
Post a Comment