Iklan Nuffnang

Thursday, 19 November 2015

Persediaan Untuk Hamster

Ia adalah penting untuk bersedia bagi kedatangan hamster, membawa pulang ke rumah di dalam bekas yang sesuai dan memberikan masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru untuk menjaga tekanan pada tahap minimum.

Sebaik sahaja keputusan telah dibuat untuk membeli hamster adalah lebih baik untuk pergi dan membeli sangkar hamster dan peralatan lain, sehari atau dua hari sebelum membeli hamster supaya sangkar boleh bersedia sepenuhnya terlebih dahulu.

Apabila membeli hamster, penjual hamster biasanya akan menyediakan kotak kadbod yang bertebuk bagi menghasilkan lubang udara untuk membawa pulang hamster. Walau bagaimanapun, walaupun ini biasanya perjalanan singkat 5-10 minit hamster akan mengunyah untuk mencari jalan keluar dan kotak tersebut mudah menjadi basah dan pecah jika hamster kencing, maka amatlah terbaik untuk pergi menyediakan bekas yang lebih sesuai semasa mengambil hamster. Sama ada membawa kotak plastik kecil  yang direka untuk pengangkutan haiwan kecil yang dijual di kedai haiwan peliharaan atau mana-mana tab plastik bertebuk dengan lubang udara yang bersaiz sesuai.

Satu lapisan kayu kikis perlu diletakkan di dalam bekas pembawa haiwan kesayangan tersebut bagi menutupi lantai di dalam bekas, bersama-sama dengan beberapa makanan untuk perjalanan panjang. Adalah tidak praktikal jika meletakkan botol air di dalam bekas tersebut, ini boleh menyebabkan bekas tersebut basah akibat kebocoran air pada botol air tersebut. Seelok-eloknya, letakkan secebis epal atau timun.

Setibanya di rumah adalah lebih baik untuk meletakkan hamster dengan segera di dalam sangkar yang disediakan dan serahkan padanya untuk menyiasat rumah baru dan memberikan masa untuk membiasakan diri terhadap persekitarannya. Ia akan mengambil beberapa hari bagi hamster membiasakan diri dengan bau dan bunyian yang baru di rumah yang baru ini memberi sedikit tekanan kepada hamster tersebut. Walaupun anda mungkin akan terdorong untuk mendapatkan hamster anda keluar dan bermain dengannya, cuba untuk menahan perasaan tersebut untuk beberapa hari pertama supaya ia dapat membiasakan diri pada suasana baru dan rasa selesa. Ini akan membantu bagi memastikan meminimumkan tekanan terhadap hamster anda. Tekanan, terutama pada usia muda, boleh membawa kepada penyakit “Tail Wet”.

Ia bukan luar biasa bagi hamster berlari dgn penuh ketakutan, menggerakkan kawasan bersarang beberapa kali dan kemudian menghabiskan banyak masa tidur selepas melakukan semua senaman semasa tiba di rumah baru. Selepas beberapa hari, hamster berasa selesa dengan rutin yang ia lalui dan secara amnya ia akan kelihatan lebih selesa dan gembira. Pada masa ini, barulah masa yang sesuai untuk melatih atau mengendalikan hamster anda agar dia menjadi peneman hidup anda.

No comments:

Post a Comment